Pengasas



SEGI SERI SDN BHD ditubuhkan pada tahun 1995 oleh Haji Azhar Bin Haji Baharin bersama seorang rakan kongsi beliau. Berasal daripada Kanchong Tengah, Banting, beliau merupakan anak sulung daripada 10 orang adik beradik. Mendapat pendidikan sehingga sekolah menengah, beliau memulakan kerjaya sebagai pramusaji di sebuah dewan makan di institut pengajian tinggi tempatan pada tahun 1990. Bermula dari bawah, beliau mula mempelajari bagaimana menguruskan sebuah dewan makan dari peringkat penyediaan makanan sehinggalah bidang pengurusan.
Atas tekad dan kesungguhan beliau, beliau memulakan perniagaan catering secara kecil-kecilan dan melangkah lebih jauh lagi. Pada tahun 2003, SEGI SERI SDN BHD telah didaftarkan dengan rasminya dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan bertaraf Bumiputera. Alhamdulillah, berkat doa dan kesungguhan beliau kini SEGI SERI SDN BHD telah berkembang maju menjadi salah satu institusi penyedian makanan dan pengurusan catering yang terkenal di Lembah Klang dan juga seluruh Malaysia.



 

 

Kembali Ke Atas ^

 

Maklumat Korporat

Tempahan