PENDAHULUAN
 
   
   
   
 



SEGI SERI SDN BHD adalah sebuah syarikat
milik 100% Bumiputera yang telah ditubuhkan
pada tahun 1995. Dengan bermodalkan
RM100,000.00, Syarikat SEGI SERI SDN BHD
memulakan perniagaannya di bidang penyajian
makanan / katering ala bufet.

Syarikat SEGI SERI SDN BHD telah didaftarkan
dengan rasminya pada 14 Mac 2003 dengan
Kementerian Kewangan Malaysia dan bertaraf
bumiputera.

Selain daripada katering, SEGI SERI SDN BHD
juga menjalankan perniagaan berbentuk
kafetaria, kantin kilang, dewan makan sekolah,
pusat latihan kerajaan, perkhidmatan sewa
pinggan mangkuk dan khemah / canopy di
majlis perkahwinan, hari keluarga,
kursus-kursus anjuran kerajaan dan
pihak-pihak swasta.

Syarikat ini kini telah berusia lebih dari
10 tahun. Berbekalkan pengalaman yang ada,
SEGI SERI SDN BHD mempunyai anggota kerja yang
berpengalaman dan terlatih. SEGI SERI SDN BHD
kini lebih mantap dan teguh di dalam
mengendalikan acara-acara yang berprestij
dan gilang- gemilang serta dihadiri
oleh barisan VVIP dan orang kenamaan.

Berbagai pengiktirafan telah diberikan dan
diterima daripada pelbagai pihak di atas
perkhidmatan yang telah SEGI SERI SDN BHD
jalankan.

Disamping kedudukan modal yang kukuh,
SEGI SERI SDN BHD juga mempunyai barisan
pembekal yang berpengalaman di dalam
membekalkan bekalan bahan mentah yang
bermutu tinggi.

Justeru kredibiliti yang SEGI SERI SDN BHD
miliki sekarang sudah cukup untuk memberikan
perkhidmatan yang memuaskan hati para pelanggan
kerana kepuasan pelanggan adalah matlamat kami.

Anda sebagai pelanggan tidak perlu gusar dan
bimbang dengan kemampuan syarikat ini. Kami
menjaminkan perkhidmatan yang cepat, layanan
yang hebat dan pilihan yang tepat bersesuaian
dengan motto syarikat kami.

 
   
   
   
   
   
   
   
   
   
   
   
   
   
   
   
             

Hak Cipta Terpelihara © 2008 Segi Seri Sdn. Bhd.